Wednesday 19 December 2012

Siri Bercakap Dengan Lagenda (Part 2) - "Hidup Johor, Johor saya cinta! Saya cinta Malaysia! : Ervin Boban"


Assalamualaikum dan Salam 1 Johor buat semua!

OK setelah sekian lama tertangguh akibat menumpukan sepenuh perhatian kepada Piala AFF Suzuki 2012, akhirnya Abang Malek kembali menulis siri bercakap dengan lagenda. Ini adalah sambungan kepada siri Ervin Boban tempoh hari. Harap anda semua terhibur dan menggamit kenangan lama bersama Ervin Boban.

Anda masih lagi Boban yang sama, sangat “low profile”. Ya saya setuju dengan anda bahawa semua pemain 1991 adalah lagenda Johor. Nasir, Khalid, Omar Salim, Hassan Miskam, Roslan, Abbas, Allistair, Anda dan yang lain adalah HERO kami. Kejayaan membawa pulang Piala Liga Divisyen 1 dan Piala Malaysia adalah momen terbaik buat semua rakyat JOHOR.

OK kembali kepada sesi interview kita.

MR : Semua ramai yang nak tahu siapa sebenarnya yang menjemput anda untuk datang ke Johor dan offer kontrak kepada anda? Bagaimana pihak persatuan bertemu anda? Adakah melalui pihak agen?

Boban : Saya menerima panggilan ke Malaysia melalui jurulatih yang mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Seramai 5 orang yang datang ke Malaysia pada masa itu. Sebetulnya pengetahuan saya tentang Malaysia adalah sangat terhad pada waktu itu dan saya tidak mempunyai sebarang agen.

MR : OK. Jadi anda tidak mempunyai agen. Tetapi anda pasti sangat berbakat sehingga dapat memikat jurulatih tersebut. Kalau tidak masakan dia menawarkan kontrak kepada anda. Pernahkah anda bermain untuk Negara anda?

Boban : Ya saya pernah mewakili Negara saya Croatia pada usia saya 15 tahun. Tapi pada masa itu kami masih lagi di bawah Republik Yugoslavia.

MR : Walaupun hanya mewakili Negeri Croatia pada masa itu, tentu anda sememangnya berbakat. Yugoslavia patut memanggil anda untuk mewakili negara. =) Ketika mula-mula sampai di Johor pada 1989, apa perasaan anda pertama kali sampai pada waktu itu dan bagaimana anda rasa apabila berjauhan dengan keluarga terutamanya dengan persekitaran dan suasana yang baru.

Boban : Bila saya datang Malaysia pada 1989, saya dapat rasakan yang cuaca di sini adalah sangat panas buat saya dan saya berasa cepat letih pada sesi latihan. Tetapi selepas beberapa bulan, saya rasa lebih stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi berat badan saya susut 5-7kg. 

Orang-orang di Malaysia juga sangat ramah dan baik. Begitu juga para pemain Johor, mereka menerima dan melayan saya dengan baik.

MR : Biasalah, pemain yang datang ke tempat baru pasti ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana tempat baru. Anda masih ingat debut pertama anda bersama Johor pada 1989?

Boban : Perlawanan pertama saya, kalau tidak salah saya adalah menentang Kelantan. Saya berasa sedikit gugup pada permulaan perlawanan, tetapi selepas saya menjaringkan gol, semuanya kembali normal. Adalah sangat menabjubkan apabila “performance” saya semasa perlawanan ini di hargai oleh para pemain, penyokong dan pegawai persatuan.

MR : Apa yang memberikan anda motivasi untuk kekal untuk di Johor?

Boban : Apabila anda berasa gembira di suatu tempat, kita tak akan sesekali berfikir untuk berpindah ke tempat lain, lebih-lebih lagi apabila semua menghargai kelibat saya di Johor. Saya juga bukan seseorang yang akan berpindah ke pasukan lain hanya untuk $1000-2000.

MR : Siapa pemain bola sepak kesukaan anda? Luar Negara dan juga di Malaysia.

Boban : Pemain bola sepak kesukaan saya adalah Marco Van Basten, dan kini adalah MESSI.

Manakala bagi pemain Malaysia pula adalah Nasir Yussof,Khalid Shahdan,Annuar Abu Bakar,Dollah Salleh,Zainal Abidin , dan ada beberapa lagi yang saya lupa namanya.  Tetapi semua orang beritahu saya bahawa pemain TERBAIK yang pernah di lahirkan di Malaysia adalah Arwah MOKHTAR DAHARI.  

OK Boban, di sini ada sedikit soalan daripada rakan-rakan saya di Boys.Of.Straits. kalau tak tanya nanti diorang merajuk pula. (Aku kekalkan jawapan dari Boban dalam Bahasa Inggeris Croatia dia, saja dera korang. Hahahaha!).

En Pejal: Apakah gol-gol yg anda paling tidak boleh lupakan semasa bersama pasukan johor

EN PEJAL: all my goals, my dear Pejal, but the three in the final of the Malaysian Cup 1991 are special to me because I allow my team and the Johor state a great celebration and a great success.

Win Yasuo: boban kenal balaban tak?

WIN YASUO: I know Bosko Balaban (not personal), but he played at a higher level and is a great player. Former Croatian national player, former Aston Villa, FC Dinamo Zagreb and Rijeka FC player.

Emmie Van Halen: "Boban... care for a reunion?"

Emmie VAN HALEN: I'd love to come to Malaysia and Johor on reunion. It would be nice to see former teammates, the streets of Johor, the stadium, the people of Malaysia.

Addin Misran: Apa perubahan besar yang berlaku dlm carrier selepas quit main bola?

Addin Misran: I stayed in football as a coach, but I miss the nervousness before the game, satisfaction with achieving goals, support of fans and full stadiums.

Ha Fiidz: Tak nak jadi jurulatih johor

HA FIIDZ: Well, I'd like to be Johor coach, it would make me very proud.

Kaum Kerabat: boban oh boban..wat du you feel when u score that goal at 1991??

Kaum KERABAT: feelings of achieving these goals are visible on my body expressions. (See pictures in the newspaper after the game). It is very difficult to describe in words, you feel fulfilled.

Lishah Shahhey boban!!!how ur u? ur the legend?y u say u r the legend in johor?

Lishah Shah: you said that I'm a legend, I feel like all the generations of 1991, a football player who had the luck to win the Cup and the Malaysian league.

Mohd Müaz Rahim: suka x dengar lagu melayu.lagu ape?haha

MOHD Muaz Rahim: I listened to a lot of Malaysian songs when I was in Johor, and now sometimes I let the tape group Illusy (maybe I misspelled the name) and my favorite song puisi cinta.

Bida Ismail: jersi Johor 1991 ada lagi simpan lagi tak??

Bida ISMAIL: Yes, I still have a jersey from 1991.

Zakie Marley: Training secret..

Zaki MARLEY: There is no secret. have the talent, work ethic, a good coach and a lot of luck.

Mohd Hafidz: How do yóu feel played in front of 30,000 spectator in Larkin and how it could help you and your teammates against the opponent?

MOHD: Hafidz: When you play in front of a lot of viewers you have some special power, happy to be part of the show, and everything seems fine and feasible.

Khairi Syahril: Sudikah anda berkongsi kemahiran dan pengalaman anda bersama pasukan Johor?

Khair SYAHRIL: As I said many times, I'd love to go back to Malaysia and Johor in any position, and be part of the development of football in Malaysia.

Khairul Naim: Saya teringin nak tengok awak jadi coach JOHOR pada suatu hari nanti.

Khairul Naim: Well, I'd like to be the coach of Johor. and what if we are not winning, then you (fans) come onto the scene and giving us support.joke, but it would really be nice.

Kamarul Arifin: sir, can i take picture with you?

Kamarul Arifin: of course, but first I have to come to Malaysia.
  
Ada kata-kata buat seluruh peminat bola sepak Johor? 

Regards to all Johorians!
Hidup Johor, Johor saya cinta! Saya cinta Malaysia!

OK apa komen anda? Kalau abang rajin, nanti ada lah part 3 cerita Boban. Kalau tak, kita cerita pasal lagenda lain pulak. Ramai lagi lagenda yang perlu di interview ni. Moga dengan artikel ini, ianya memberikan anda semua semangat untuk kembali ke stadium dan menyokong Johor. Bak kata Boban sendiri di dalam interview ni, "When you play in front of a lot of viewers you have some special power", jadi adalah menjadi tugas kita untuk turun ke Stadium Larkin mahupun Pasir Gudang dan sama-sama menyokong Johor. Moga dengan sorakan gemilang kita mampu memberikan tenaga tambahan buat para pemain.

Buat pemain Johor (samada anda bintang ataupun tidak), contohilah semangat pemain-pemain lagenda Johor apabila beraksi di atas padang. Apabila anda beraksi di atas padang dengan memakai jersi keramat kami, beraksi lah dengan sepenuh hati. Julang tinggi nama negeri kami sebagaimana LAGENDA-LAGENDA kami membawa naik nama negeri kami ini. Anda mungkin bintang di pasukan lama anda, tetapi buktikan pada kami dahulu bahawa anda juga bintang di negeri kami. Buat anak negeri, berusahalah sehabis baik untuk mencapai kejayaan, kami akan tetap berdiri teguh di belakang anda. 
Walau dari mana ANDA datang, apabila beraksi di padang dan menyarung jersi keramat JOHOR, maka kami mahu ANDA beraksi dengan semangat jitu kerana ANDA membawa nama BANGSA JOHOR.”

 Dua anak Boban yang lahir di Johor ( dari kiri : Ivo, Boban dan Tony )
Luaskan Kuasamu Johor!

~Malek Reduan~


Thursday 1 November 2012

Siri Bercakap Dengan Lagenda (Part 1)


Assalamualaikum semua.

Malek kembali lagi dengan siri bercakap dengan lagenda kisah Ervin Boban seperti yang telah di janjikan sebelum ini. OK aku taknak cerita banyak. Nah baca sendiri temubual eksklusif yang tak pernah di siarkan di mana-mana media cetak atau media elektronik. Kalau nak copy harap dapat bagi kredit ke blog http://bosjohor.blogspot.com/

Saya kelu. Apa yang boleh saya katakan? Berjumpa Lagenda! Apa khabar Boban? Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya daripada "Boys.Of.Straits" atau juga dikenali sebagai Ultras untuk pasukan Johor. http://bosjohor.blogspot.com/

Pada tahun 1991, apabila saya bermain bola sepak dengan kawan-kawan saya, saya sentiasa ingin menjadi seperti anda. =) Walaupun saya masih kecil pada ketika itu, saya masih ingat lagi jaringan hatrik anda pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1991.

Boban: Saya amat gembira apabila anda masih ingat saya sebagai idola dan sebahagian daripada pemain Johor. 7 tahun lamanya saya berada di Malaysia dan saya amat cintakan orang-orang yang pernah sama-sama berkerja di samping saya dan juga peminat yang sentiasa menyokong saya. Lebih-lebih lagi anak saya di lahirkan di Malaysia. Jadi Johor mempunyai tempat yang teristimewa di dalam hati saya.

Saya sudah lama terputus hubungan dengan kawan-kawan lama saya sejak meninggalkan Malaysia dahulu. Saya harap anda dapat ceritakan berita-berita terbaru mengenai Malaysia dan sudah tentu juga berita mengenai pasukan Johor saya.

Untuk pengetahuan anda, Johor telah bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik sejak anda meninggalkan pasukan. Kami memenangi kejohanan besar yang terakhir kami iaitu Piala FA pada tahun 1998. Sejak itu Johor telah dibayangi oleh PKENJ FC. Saya tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak, semasa tahun 1996 PKENJ FC telah menukar nama kelab mereka kepada Johor FC. Dan ia telah mewujudkan banyak kekeliruan di kalangan peminat. Johor kini bermain di Liga Perdana (peringkat kedua dalam Liga Malaysia) dan tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Malaysia 2012.

Sejak Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail mengambil alih Johor FA sebagai presiden pada Januari 2012, banyak perkara telah berubah. Beliau menggaji Fandi Ahmad (lagenda Singapura) sebagai penasihat pasukan dan pengurus pasukan, dua pemain import yang berkualiti juga di bawa masuk yang mna aksi mereka telah mengingatkan kembali kami dengan aksi hebat anda dahulu. Beliau telah berjanji sesuatu yang besar untuk kedua-dua pasukan Johor dan Johor fc (PKENJ FC) pada musim depan

Boban: Walaupun banyak yang telah berubah di Johor, tetapi pasukan pasti akan sentiasa mendapat sokongan daripada peminta seperti mana pada zaman saya bermain dahulu. Sokongan yang di berikan pada masa itu adalah sangat FANTASTIK! Pemain professional adalah baik untuk pembangunan bola sepak Malaysia (Johor) dan ANDA harus menyokong mereka seperti mana ANDA menyokong saya pada masa dahulu.

OK. Sekarang sedikit sebanyak mengenai diri saya. Anda sudah tentu tahu saya kini jurulatih pasukan junior Split FC (kelab Divisyen Satu) sejak 8 tahun yang lepas dan saya kini benar-benar seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya juga mempunyai lesen kejurulatihan kelas A daripada UEFA dan saya berharap saya akan lebih berjaya nanti. Saya harap saya akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti tetapi buat masa ni perlu kumpul banyak duit dan ianya mungkin memakan sedikit masa. Mana tahu mungkin saya akan datang sebagai jurulatih nanti. Hahahaha. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Wow! anda mempunyai lesen kejurulatihan UEFA kelas A. Itu sudah bagus. Jadi tak ada masalah lah nanti untuk anda pulang ke Johor jadi jurulatih kami suatu hari nanti. Heheheh... jika anda mahu untuk datang ke Malaysia kami boleh menguruskan untuk anda. Siapa tahu mungkin Tengku Mahkota mahu menaja tiket penerbangan anda ke Johor. Hehehe…

Boleh anda ceritakan latar belakang anda terutamanya semasa zaman kanak-kanak. Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk bermain bola sepak semasa kecil.

Boban: Permainan bola sepak pertama saya sama juga seperti anda. Kami letakkan empat ketul batu yang di jadikan sebagai tiang gol, dengan sebiji bola kami bermain sepuas-puasnya sepanjang hari. Kami berasa sangat gembira pada masa itu. Apabila saya berumur 10 tahun, saya mendaftar di pasukan Split FC di mana saya di ajar cara bermain bola sepak yang betul. Semakin hari prestasi saya semakin meningkat dan seterusnya di lantik menjadi ketua pasukan bola sepak junior bagi setiap peringkat bawah umur. Dan akhirnya saya berjaya di naikkan taraf sehingga ke pasukan utama. Saya sebenarnya berpeluang untuk berhijrah ke kelab lain tetapi saya masih kurang yakin dengan prestatsi saya sehingga saya berpeluang dan di yakinkan untuk datang ke Malaysia.

Lagenda Boban, itu gelaran anda terhadap saya setelah semua kisah-kisah indah (7 tahun bermain untuk Johor sambil menjulang kejuaraan berganda Liga dan Piala Malaysia 1991) dalam hidup saya. Tetapi saya bukanlah lagenda, saya cuma seorang pemain bola sepak yang bagus yang bermain untuk satu pasukan yang baik iaitu Johor. Tanpa pemain-pemain tempatan yang bagus, kisah hidup saya tak akan berakhir dengan sebegitu indah. Johor harus memanggil mereka semua dengan gelaran LAGENDA.

OK. Amacam, anda mau lagi tak? Harap sangat korang bagi komen kat artikel-artikel yang aku dah tulis. Orang kata untuk penambahbaikan di masa depan. OK Abang Malek sambung di lain hari. Nantikan Siri bercakap dengan lagenda kisah Ervin Boban part 2 pada artikel yang akan datang. Harap bersabar.


“saya bukanlah lagenda, saya cuma seorang pemain bola sepak yang bagus yang bermain untuk satu pasukan yang baik iaitu Johor. Tanpa pemain-pemain tempatan yang bagus, kisah hidup saya tak akan berakhir dengan sebegitu indah. Johor harus memanggil mereka semua dengan gelaran LAGENDA.” – Ervin Boban (Lagenda Johor 1989 – 1995)

~Malek Reduan~

Tuesday 16 October 2012

Siri Bercakap Dengan Lagenda


Assalamualaikum.

Mana perginya penulis-penulis lain ni? Tidur ke? Asyik-asyik aku punya artikel ja yang keluar. Hahahah… tapi tak mengapa sebab aku memang suka menulis. Harap nanti dapat menulis buku pula. Ok berbalik kepada topik asal. Masa korang kecik-kecik korang pernah baca buku siri bercakap dengan jin tak? Mesti pernah kan? Ok jadi mulai hari ni aku akan menulis satu artikel yang akan bersambung-sambung iaitu siri bercakap dengan lagenda.

Kalau ada orang tanya korang siapa lagenda bola sepak Johor. Siapa nama pertama yang keluar dalam kepala otak korang? Mesti ada Boban kan dalam senarai-senarai tu? Betul tak? Kalau orang Johor ada yang tak kenal siapa tu Boban, memang memalukan je. Ok taknak cerita banyak, nah korang baca sesi temubual ekslusif bersama Ervin Boban, Lagenda Johor 1989 hingga 1995. Kat mana aku jumpa Boban ni korang tak perlu ambil tau. Kang aku cakap kitorag jumpa kt warung Wak Radol korang tak percaya plak. Temubual di buat dalam bahasa omputih tapi aku alih bahasa kat sini takut nanti susah plak korang kena copy pastu paste kat google translate.

“Saya amat gembira apabila anda masih ingat saya sebagai idola dan sebahagian daripada pemain Johor. 7 Tahun lamanya saya berada di Malaysia dan saya amat cintakan orang-orang yang pernah sama-sama berkerja di samping saya dan juga peminat yang sentiasa menyokong saya. lebih-lebih lagi anak saya di lahirkan di Malaysia. Jadi Johor mempunyai tempat yang teristimewa di dalam hati saya.”

“walaupun banyak yang telah berubah di Johor. Tetapi pasukan pasti akan sentiasa mendapat sokongan daripada peminat seperti mana pada zaman saya bermain dahulu. sokongan yang di berikan pada masa itu adalah sangat FANTASTIK! Pemain professional adalah baik untuk pembangunan bola sepak Malaysia (Johor) dan ANDA harus menyokong mereka seperti mana ANDA menyokong saya pada masa dahulu.”

Ini adalah siri pengenalan sahaja. Kalau meletup tersebar di serata Johor, aku sambung siri seterusnya. Jadi apa tunggu lagi. Korang sebarkan lah link Blog ni ke seluruh pelusuk negeri. Kisah lengkap akan di ceritakan pada bahagian pertama “SIRI BERCAKAP DENGAN LAGENDA ERVIN BOBAN”. Nantikan kemunculannya dan harap semua dapat bersabar.

“ANDA harus menyokong mereka seperti mana ANDA menyokong saya pada masa dahulu.” - Ervin Boban (Lagenda Johor 1989-1995)

~Malek Reduan~


Gambar Ervin Boban (kiri) yang terbaru

Wednesday 3 October 2012

JOHOR BETUL! (part 2)


Salam semua. Malek is back!

OK kini aku kembali untuk bercerita pasal Johor Betul.

Orang kata kalau cerita pasal cinta mesti naik mencanak rating blog. Jadi aku nak cuba cerita sikit pasal cinta. Mana tau rating blog ni mengalahkan beautiful nara satu hari nanti, sapa tau. Hahahaha... OK lah tak nak cerita banyak. Cinta kalau ikut En. Google membawa pelbagai maksud. Ada yang bagi maksud yang terlalu abstrak sehingga tak tercapai dek akal fikiran kerana terlalu mendalam, ada juga yang bagi maksud yang terlalu ringkas seringkas ABC. Tapi rasanya ini adalah maksud yang terbaik sekali di kalangan laman web yang aku tengok. Antaranya;  

1.     Cinta adalah perkongsian suka dan duka. Dia atau kita akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaannya.
2.     Cinta adalah persahabatan dan keluargaan.

Tapi maaf la ek, kat sini aku bukan nak bercerita tentang cinta kepada pasangan kekasih atau terhadap awek-awek kolej korang, tetapi apa yang aku nak ceritakan adalah berkenaan KECINTAAN kita pada negeri JOHOR menerusi pasukan bola sepak kita.

“Orang kata kalau bercinta biarlah satu. Jadi kalau menyokong Johor, biarlah menyokong pasukan Johor yang satu ini.” Kerana tiada dua nya pasukan Johor yang mewakili BUMI DARUL TAKZIM kita. Mungkin pasukan kita pada masa kini tidak sepower pasukan negeri-negeri atau kelab-kelab lain yang bermain kat Liga Super Duper tu, tapi jangan lah bagi alasan macam tu. Liga Super atau Liga Perdana apa ada hal. Lagipun inilah pasukan TANAH TUMPAH DARAH kita, jadi adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kerana ini adalah kedaulatan negeri kita. Suka dan duka haruslah kita lalui bersama, barulah ianya di namakan cinta yang sejati.

Usah peduli dengan apapun yang akan terjadi terhadap pasukan kita pada masa hadapan, walau muncul kelab baru atau pasukan lain dari negeri ini, walau pasukan kita tetap di Liga Perdana, walau pasukan kita tanpa bintang-bintang ternama, kita harus tetap setia pada negeri JOHOR yang satu ini. Sumpah setia kita hanyalah pada pasukan yang satu ini. Kerana ini satu-satunya pasukan yang pernah menghadiahkan pingat kejuaraan Piala Malaysia, Liga Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih kepada seluruh rakyat JOHOR. Penghormatan tertinggi buat semua lagenda kita yang pernah menghadiahkan kejuaraan kepada kita. Daripada Prof Nasir, Khalid Shahdan, Lahad Daduk,  Ervin Boban, Abbas Saad, Allistair Edwards, sehingga kepada zaman Azmil Azali, Rosdee Sulong, Rizal Sukiman, Darren Stewart, dan hero-hero yang lain, kita Salute mereka semua!

Ayuh kawan-kawan, kita semua bersatu di bawah panji Merah, Biru, dan Putih demi JOHOR seperti mana kata-kata azimat daripada Dato’ Onn Jaafar, “Bersatulah sebagaimana kita belum pernah bersatu, dan berusahalah kita sebagaimana kita belum pernah berusaha.” Kita tunjukkan semangat patriotik dan kecintaan kita terhadap negeri kita melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap JOHOR. Patriotisme bukan sekadar kita kibar bendera atau join kawad kaki masa perarakan hari merdeka peringkat negeri atau kebangsaan. Tetapi patriotisme adalah perasaan dan sifat menyintai dan bersedia mempertahankan tanah air. Ia adalah suatu komitmen, perasaan mendalam, semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan.

Ayuh semua, kita julang nama JOHOR.
Tanah air dan tumpahnya darah kita.
Tunjukkanlah kecintaan kita terhadap Bumi Darul takzim,
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Luaskan Kuasamu JOHOR!!!

~Malek Reduan~

Wednesday 26 September 2012

JOHOR BETUL! (part 1)


Assalamualaikum,

Nak pergi mana ni dik pakai lawa-lawa?
Tengok bola makcik Johor lawan kat Larkin.
Oh, tengok Johor betul main ke?

OK, sebenarnya masih ramai orang yang keliru dengan Johor FA dengan satu lagi pasukan yang menggunakan nama yang hampir sama juga bertanding di Liga Malaysia. Yang membezakannya Cuma huruf A dan C pada hujung nama pasukan. Bukan saja mat saleh di luar sana yang keliru bahkan rakyat JOHOR sendiri juga ada yang keliru dengan nama ini. Jadi sokongan yang sepatutnya di tujukan buat pasukan negeri tidak dapat dijanakan hasil daripada kekeliruan tersebut. Lebih-lebih lagi dengan JOHOR yang kini hanya bermain di Liga Perdana, makin ramai yang tak ambil tahu. Apa barang Liga Perdana?

Kenapa pentingnya untuk kita menyokong pasukan JOHOR FA? Lu pehal nak paksa-paksa gua sokong JOHOR FA ni? OK Sedikit ringkasan mengenai JOHOR FA untuk pemahaman semua. Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili NEGERI JOHOR dalam kancah Liga Malaysia. Perlu di ingat bahawa pasukan ni menggunakan warna merah, biru dan putih sebagai warna pasukan seiring dengan warna panji kebangaan negeri JOHOR. (Lepas ni JOHOR FA akan di gantikan dengan JOHOR). Telah tercatat dalam lipatan sejarah yang mana dah tak boleh di ubah-ubah bahawa pasukan JOHOR telah 2 kali memenangi piala keagungan Malaysia, Piala Malaysia pada 1985 dan 1991. Juara Liga Perdana (setaraf Liga Super) pada 1991, Piala FA pada 1998 dan Piala Sumbangsih pada 1986. Dengan kejayaan ini JOHOR adalah antara pasukan yang di geruni pada lewat 80-an sehingga 90-an. Anak-anak muda JOHOR yang berusia 15 hingga awal 20-an tahun pastinya tidak sempat merasai zaman kegemilangan JOHOR pada 1991. Ingat wahai anak-anak muda, pasukan JOHOR yang menang kejuaraan berganda Liga dan Piala Malaysia pada 1991 adalah JOHOR FA! Dan Ervin Boban yang skor hatrik masa tu. Kat jersi mereka ada tersemat megah dengan bendera JOHOR masa perlawanan akhir. Pasukan yang ayah, pakcik – pakcik korang sokong masa tu adalah JOHOR FA.

JOHOR main Liga perdana je la bro. Apa barang nak sokong! Bukan kuat pun? masa Liga Perdana ni lah pasukan JOHOR amat memerlukan sokongan kita. Bak kata pepatah masa kita belajo dulu Kawan waktu senang memang senang dicari, Kawan waktu susah memang susah nak cari”. Sama juga situasinya di sini, pasukan JOHOR yang bermain di Liga Perdana amat memerlukan sokongan kita semua rakyat JOHOR. Dapat tak kita bayangkan dengan populasi 3.5 juta (ikut Wikipedia, maaf kalau maklumat tak betul) hanya ada 6 orang ja yang datang dalam satu perlawanan. Macam tak logik tapi itulah realiti yang terjadi kepada pasukan JOHOR. Takkan nak tunggu JOHOR champion baru nak sokong? tak feel lah kalau macam tu. Pemain pun rasanya akan lebih appreciate penyokong yang sokong dorang dari bawah. Penyokong yang setia adalah penyokong yang sentiasa bersama tak kira jatuh bangun pasukan.

Ok lah abang sambung lain hari pula untuk bahagian kedua. Harap semua bersabar ya.

~Malek Reduan~

Saturday 22 September 2012

Sejarah BOS!

Biar gambar-gambar ini berbicara. Enjoy!

Tahun 2010








Tahun 2011

























Tahun 2012































JUMPA LAGI DI MUSIM HADAPAN.
KITA SUPPORT PASUKAN JOHOR DALAM LIGA PERDANA MUSIM DEPAN. LUASKAN KUASAMU JOHOR!