Wednesday, 3 October 2012

JOHOR BETUL! (part 2)


Salam semua. Malek is back!

OK kini aku kembali untuk bercerita pasal Johor Betul.

Orang kata kalau cerita pasal cinta mesti naik mencanak rating blog. Jadi aku nak cuba cerita sikit pasal cinta. Mana tau rating blog ni mengalahkan beautiful nara satu hari nanti, sapa tau. Hahahaha... OK lah tak nak cerita banyak. Cinta kalau ikut En. Google membawa pelbagai maksud. Ada yang bagi maksud yang terlalu abstrak sehingga tak tercapai dek akal fikiran kerana terlalu mendalam, ada juga yang bagi maksud yang terlalu ringkas seringkas ABC. Tapi rasanya ini adalah maksud yang terbaik sekali di kalangan laman web yang aku tengok. Antaranya;  

1.     Cinta adalah perkongsian suka dan duka. Dia atau kita akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaannya.
2.     Cinta adalah persahabatan dan keluargaan.

Tapi maaf la ek, kat sini aku bukan nak bercerita tentang cinta kepada pasangan kekasih atau terhadap awek-awek kolej korang, tetapi apa yang aku nak ceritakan adalah berkenaan KECINTAAN kita pada negeri JOHOR menerusi pasukan bola sepak kita.

“Orang kata kalau bercinta biarlah satu. Jadi kalau menyokong Johor, biarlah menyokong pasukan Johor yang satu ini.” Kerana tiada dua nya pasukan Johor yang mewakili BUMI DARUL TAKZIM kita. Mungkin pasukan kita pada masa kini tidak sepower pasukan negeri-negeri atau kelab-kelab lain yang bermain kat Liga Super Duper tu, tapi jangan lah bagi alasan macam tu. Liga Super atau Liga Perdana apa ada hal. Lagipun inilah pasukan TANAH TUMPAH DARAH kita, jadi adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kerana ini adalah kedaulatan negeri kita. Suka dan duka haruslah kita lalui bersama, barulah ianya di namakan cinta yang sejati.

Usah peduli dengan apapun yang akan terjadi terhadap pasukan kita pada masa hadapan, walau muncul kelab baru atau pasukan lain dari negeri ini, walau pasukan kita tetap di Liga Perdana, walau pasukan kita tanpa bintang-bintang ternama, kita harus tetap setia pada negeri JOHOR yang satu ini. Sumpah setia kita hanyalah pada pasukan yang satu ini. Kerana ini satu-satunya pasukan yang pernah menghadiahkan pingat kejuaraan Piala Malaysia, Liga Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih kepada seluruh rakyat JOHOR. Penghormatan tertinggi buat semua lagenda kita yang pernah menghadiahkan kejuaraan kepada kita. Daripada Prof Nasir, Khalid Shahdan, Lahad Daduk,  Ervin Boban, Abbas Saad, Allistair Edwards, sehingga kepada zaman Azmil Azali, Rosdee Sulong, Rizal Sukiman, Darren Stewart, dan hero-hero yang lain, kita Salute mereka semua!

Ayuh kawan-kawan, kita semua bersatu di bawah panji Merah, Biru, dan Putih demi JOHOR seperti mana kata-kata azimat daripada Dato’ Onn Jaafar, “Bersatulah sebagaimana kita belum pernah bersatu, dan berusahalah kita sebagaimana kita belum pernah berusaha.” Kita tunjukkan semangat patriotik dan kecintaan kita terhadap negeri kita melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap JOHOR. Patriotisme bukan sekadar kita kibar bendera atau join kawad kaki masa perarakan hari merdeka peringkat negeri atau kebangsaan. Tetapi patriotisme adalah perasaan dan sifat menyintai dan bersedia mempertahankan tanah air. Ia adalah suatu komitmen, perasaan mendalam, semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan.

Ayuh semua, kita julang nama JOHOR.
Tanah air dan tumpahnya darah kita.
Tunjukkanlah kecintaan kita terhadap Bumi Darul takzim,
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Luaskan Kuasamu JOHOR!!!

~Malek Reduan~

1 comment: