Wednesday 26 September 2012

JOHOR BETUL! (part 1)


Assalamualaikum,

Nak pergi mana ni dik pakai lawa-lawa?
Tengok bola makcik Johor lawan kat Larkin.
Oh, tengok Johor betul main ke?

OK, sebenarnya masih ramai orang yang keliru dengan Johor FA dengan satu lagi pasukan yang menggunakan nama yang hampir sama juga bertanding di Liga Malaysia. Yang membezakannya Cuma huruf A dan C pada hujung nama pasukan. Bukan saja mat saleh di luar sana yang keliru bahkan rakyat JOHOR sendiri juga ada yang keliru dengan nama ini. Jadi sokongan yang sepatutnya di tujukan buat pasukan negeri tidak dapat dijanakan hasil daripada kekeliruan tersebut. Lebih-lebih lagi dengan JOHOR yang kini hanya bermain di Liga Perdana, makin ramai yang tak ambil tahu. Apa barang Liga Perdana?

Kenapa pentingnya untuk kita menyokong pasukan JOHOR FA? Lu pehal nak paksa-paksa gua sokong JOHOR FA ni? OK Sedikit ringkasan mengenai JOHOR FA untuk pemahaman semua. Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili NEGERI JOHOR dalam kancah Liga Malaysia. Perlu di ingat bahawa pasukan ni menggunakan warna merah, biru dan putih sebagai warna pasukan seiring dengan warna panji kebangaan negeri JOHOR. (Lepas ni JOHOR FA akan di gantikan dengan JOHOR). Telah tercatat dalam lipatan sejarah yang mana dah tak boleh di ubah-ubah bahawa pasukan JOHOR telah 2 kali memenangi piala keagungan Malaysia, Piala Malaysia pada 1985 dan 1991. Juara Liga Perdana (setaraf Liga Super) pada 1991, Piala FA pada 1998 dan Piala Sumbangsih pada 1986. Dengan kejayaan ini JOHOR adalah antara pasukan yang di geruni pada lewat 80-an sehingga 90-an. Anak-anak muda JOHOR yang berusia 15 hingga awal 20-an tahun pastinya tidak sempat merasai zaman kegemilangan JOHOR pada 1991. Ingat wahai anak-anak muda, pasukan JOHOR yang menang kejuaraan berganda Liga dan Piala Malaysia pada 1991 adalah JOHOR FA! Dan Ervin Boban yang skor hatrik masa tu. Kat jersi mereka ada tersemat megah dengan bendera JOHOR masa perlawanan akhir. Pasukan yang ayah, pakcik – pakcik korang sokong masa tu adalah JOHOR FA.

JOHOR main Liga perdana je la bro. Apa barang nak sokong! Bukan kuat pun? masa Liga Perdana ni lah pasukan JOHOR amat memerlukan sokongan kita. Bak kata pepatah masa kita belajo dulu Kawan waktu senang memang senang dicari, Kawan waktu susah memang susah nak cari”. Sama juga situasinya di sini, pasukan JOHOR yang bermain di Liga Perdana amat memerlukan sokongan kita semua rakyat JOHOR. Dapat tak kita bayangkan dengan populasi 3.5 juta (ikut Wikipedia, maaf kalau maklumat tak betul) hanya ada 6 orang ja yang datang dalam satu perlawanan. Macam tak logik tapi itulah realiti yang terjadi kepada pasukan JOHOR. Takkan nak tunggu JOHOR champion baru nak sokong? tak feel lah kalau macam tu. Pemain pun rasanya akan lebih appreciate penyokong yang sokong dorang dari bawah. Penyokong yang setia adalah penyokong yang sentiasa bersama tak kira jatuh bangun pasukan.

Ok lah abang sambung lain hari pula untuk bahagian kedua. Harap semua bersabar ya.

~Malek Reduan~

Saturday 22 September 2012

Sejarah BOS!

Biar gambar-gambar ini berbicara. Enjoy!

Tahun 2010








Tahun 2011

























Tahun 2012































JUMPA LAGI DI MUSIM HADAPAN.
KITA SUPPORT PASUKAN JOHOR DALAM LIGA PERDANA MUSIM DEPAN. LUASKAN KUASAMU JOHOR!