Thursday, 1 November 2012

Siri Bercakap Dengan Lagenda (Part 1)


Assalamualaikum semua.

Malek kembali lagi dengan siri bercakap dengan lagenda kisah Ervin Boban seperti yang telah di janjikan sebelum ini. OK aku taknak cerita banyak. Nah baca sendiri temubual eksklusif yang tak pernah di siarkan di mana-mana media cetak atau media elektronik. Kalau nak copy harap dapat bagi kredit ke blog http://bosjohor.blogspot.com/

Saya kelu. Apa yang boleh saya katakan? Berjumpa Lagenda! Apa khabar Boban? Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya daripada "Boys.Of.Straits" atau juga dikenali sebagai Ultras untuk pasukan Johor. http://bosjohor.blogspot.com/

Pada tahun 1991, apabila saya bermain bola sepak dengan kawan-kawan saya, saya sentiasa ingin menjadi seperti anda. =) Walaupun saya masih kecil pada ketika itu, saya masih ingat lagi jaringan hatrik anda pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1991.

Boban: Saya amat gembira apabila anda masih ingat saya sebagai idola dan sebahagian daripada pemain Johor. 7 tahun lamanya saya berada di Malaysia dan saya amat cintakan orang-orang yang pernah sama-sama berkerja di samping saya dan juga peminat yang sentiasa menyokong saya. Lebih-lebih lagi anak saya di lahirkan di Malaysia. Jadi Johor mempunyai tempat yang teristimewa di dalam hati saya.

Saya sudah lama terputus hubungan dengan kawan-kawan lama saya sejak meninggalkan Malaysia dahulu. Saya harap anda dapat ceritakan berita-berita terbaru mengenai Malaysia dan sudah tentu juga berita mengenai pasukan Johor saya.

Untuk pengetahuan anda, Johor telah bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik sejak anda meninggalkan pasukan. Kami memenangi kejohanan besar yang terakhir kami iaitu Piala FA pada tahun 1998. Sejak itu Johor telah dibayangi oleh PKENJ FC. Saya tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak, semasa tahun 1996 PKENJ FC telah menukar nama kelab mereka kepada Johor FC. Dan ia telah mewujudkan banyak kekeliruan di kalangan peminat. Johor kini bermain di Liga Perdana (peringkat kedua dalam Liga Malaysia) dan tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Malaysia 2012.

Sejak Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail mengambil alih Johor FA sebagai presiden pada Januari 2012, banyak perkara telah berubah. Beliau menggaji Fandi Ahmad (lagenda Singapura) sebagai penasihat pasukan dan pengurus pasukan, dua pemain import yang berkualiti juga di bawa masuk yang mna aksi mereka telah mengingatkan kembali kami dengan aksi hebat anda dahulu. Beliau telah berjanji sesuatu yang besar untuk kedua-dua pasukan Johor dan Johor fc (PKENJ FC) pada musim depan

Boban: Walaupun banyak yang telah berubah di Johor, tetapi pasukan pasti akan sentiasa mendapat sokongan daripada peminta seperti mana pada zaman saya bermain dahulu. Sokongan yang di berikan pada masa itu adalah sangat FANTASTIK! Pemain professional adalah baik untuk pembangunan bola sepak Malaysia (Johor) dan ANDA harus menyokong mereka seperti mana ANDA menyokong saya pada masa dahulu.

OK. Sekarang sedikit sebanyak mengenai diri saya. Anda sudah tentu tahu saya kini jurulatih pasukan junior Split FC (kelab Divisyen Satu) sejak 8 tahun yang lepas dan saya kini benar-benar seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya juga mempunyai lesen kejurulatihan kelas A daripada UEFA dan saya berharap saya akan lebih berjaya nanti. Saya harap saya akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti tetapi buat masa ni perlu kumpul banyak duit dan ianya mungkin memakan sedikit masa. Mana tahu mungkin saya akan datang sebagai jurulatih nanti. Hahahaha. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Wow! anda mempunyai lesen kejurulatihan UEFA kelas A. Itu sudah bagus. Jadi tak ada masalah lah nanti untuk anda pulang ke Johor jadi jurulatih kami suatu hari nanti. Heheheh... jika anda mahu untuk datang ke Malaysia kami boleh menguruskan untuk anda. Siapa tahu mungkin Tengku Mahkota mahu menaja tiket penerbangan anda ke Johor. Hehehe…

Boleh anda ceritakan latar belakang anda terutamanya semasa zaman kanak-kanak. Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk bermain bola sepak semasa kecil.

Boban: Permainan bola sepak pertama saya sama juga seperti anda. Kami letakkan empat ketul batu yang di jadikan sebagai tiang gol, dengan sebiji bola kami bermain sepuas-puasnya sepanjang hari. Kami berasa sangat gembira pada masa itu. Apabila saya berumur 10 tahun, saya mendaftar di pasukan Split FC di mana saya di ajar cara bermain bola sepak yang betul. Semakin hari prestasi saya semakin meningkat dan seterusnya di lantik menjadi ketua pasukan bola sepak junior bagi setiap peringkat bawah umur. Dan akhirnya saya berjaya di naikkan taraf sehingga ke pasukan utama. Saya sebenarnya berpeluang untuk berhijrah ke kelab lain tetapi saya masih kurang yakin dengan prestatsi saya sehingga saya berpeluang dan di yakinkan untuk datang ke Malaysia.

Lagenda Boban, itu gelaran anda terhadap saya setelah semua kisah-kisah indah (7 tahun bermain untuk Johor sambil menjulang kejuaraan berganda Liga dan Piala Malaysia 1991) dalam hidup saya. Tetapi saya bukanlah lagenda, saya cuma seorang pemain bola sepak yang bagus yang bermain untuk satu pasukan yang baik iaitu Johor. Tanpa pemain-pemain tempatan yang bagus, kisah hidup saya tak akan berakhir dengan sebegitu indah. Johor harus memanggil mereka semua dengan gelaran LAGENDA.

OK. Amacam, anda mau lagi tak? Harap sangat korang bagi komen kat artikel-artikel yang aku dah tulis. Orang kata untuk penambahbaikan di masa depan. OK Abang Malek sambung di lain hari. Nantikan Siri bercakap dengan lagenda kisah Ervin Boban part 2 pada artikel yang akan datang. Harap bersabar.


“saya bukanlah lagenda, saya cuma seorang pemain bola sepak yang bagus yang bermain untuk satu pasukan yang baik iaitu Johor. Tanpa pemain-pemain tempatan yang bagus, kisah hidup saya tak akan berakhir dengan sebegitu indah. Johor harus memanggil mereka semua dengan gelaran LAGENDA.” – Ervin Boban (Lagenda Johor 1989 – 1995)

~Malek Reduan~

7 comments:

  1. best2.. kalo leh.. interview jgak legend2 johor yg lain dan mintak diorang bg pendapat pasal bola johor..

    ReplyDelete
  2. dah lama saya tnggu artikel mcm ni..kalau ramai org mcm sedara, bolasepak malaysia mmg meriah. excellant bro!! harap ada juga cerita tentang allistair edwards n darren steward..

    ReplyDelete
  3. Seronok bila baca artikel nie....masih teringat tiga serangkai Boban, Abbas and Elister......memang tahun ni dah tak main la aku pakai bagu EPL.....back to nature.....I LOVE JOHOR

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.saya hafis dr perling,saya nak mencadangkan untuk BOS menggantung kain rentang page Malaysia Life Line for Syria (check kt facebook atau youtube) untuk menghebahkan tentang kutipan derma untuk bekalan perubatan saudara kita disana,kalau tiada kain rentang saya boleh buatkan,harap dpt kerja sama dari pihak anda.FB saya hafiszuddin bin hassan. ALLAH HU AKBAR.

    ReplyDelete
  5. BOS and fans of JOHOR, jangan lupa mlm esok ada game di N9, Felda memerlukan sekurang2nya SATU mata di stadium jln besar, spore. Juara Piala FA takkan nak kalah last home game dpn real fan. So mlm esok wajib menang,takkan BOS tak dtg kot, Gemas, Tangkak, Segamat sajam seteng je pun, JB pn 2 jam 45 je

    ReplyDelete