Assalamualaikum dan Salam 1 Johor buat semua!
OK setelah sekian lama tertangguh akibat menumpukan sepenuh perhatian kepada Piala AFF Suzuki 2012, akhirnya Abang Malek kembali menulis siri bercakap dengan lagenda. Ini adalah sambungan kepada siri Ervin Boban tempoh hari. Harap anda semua terhibur dan menggamit kenangan lama bersama Ervin Boban.
Anda masih lagi Boban yang sama, sangat “low profile”. Ya saya setuju dengan anda bahawa semua pemain 1991 adalah lagenda Johor. Nasir, Khalid, Omar Salim, Hassan Miskam, Roslan, Abbas, Allistair, Anda dan yang lain adalah HERO kami. Kejayaan membawa pulang Piala Liga Divisyen 1 dan Piala Malaysia adalah momen terbaik buat semua rakyat JOHOR.
OK kembali kepada sesi interview kita.
MR : Semua ramai yang nak tahu siapa sebenarnya yang menjemput anda untuk datang ke Johor dan offer kontrak kepada anda? Bagaimana pihak persatuan bertemu anda? Adakah melalui pihak agen?
Boban : Saya menerima panggilan ke Malaysia melalui jurulatih yang mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Seramai 5 orang yang datang ke Malaysia pada masa itu. Sebetulnya pengetahuan saya tentang Malaysia adalah sangat terhad pada waktu itu dan saya tidak mempunyai sebarang agen.
MR : OK. Jadi anda tidak mempunyai agen. Tetapi anda pasti sangat berbakat sehingga dapat memikat jurulatih tersebut. Kalau tidak masakan dia menawarkan kontrak kepada anda. Pernahkah anda bermain untuk Negara anda?
Boban : Ya saya pernah mewakili Negara saya Croatia pada usia saya 15 tahun. Tapi pada masa itu kami masih lagi di bawah Republik Yugoslavia.
MR : Walaupun hanya mewakili Negeri Croatia pada masa itu, tentu anda sememangnya berbakat. Yugoslavia patut memanggil anda untuk mewakili negara. =) Ketika mula-mula sampai di Johor pada 1989, apa perasaan anda pertama kali sampai pada waktu itu dan bagaimana anda rasa apabila berjauhan dengan keluarga terutamanya dengan persekitaran dan suasana yang baru.
Boban : Bila saya datang Malaysia pada 1989, saya dapat rasakan yang cuaca di sini adalah sangat panas buat saya dan saya berasa cepat letih pada sesi latihan. Tetapi selepas beberapa bulan, saya rasa lebih stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi berat badan saya susut 5-7kg.
Orang-orang di Malaysia juga sangat ramah dan baik. Begitu juga para pemain Johor, mereka menerima dan melayan saya dengan baik.
MR : Biasalah, pemain yang datang ke tempat baru pasti ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana tempat baru. Anda masih ingat debut pertama anda bersama Johor pada 1989?
Boban : Perlawanan pertama saya, kalau tidak salah saya adalah menentang Kelantan. Saya berasa sedikit gugup pada permulaan perlawanan, tetapi selepas saya menjaringkan gol, semuanya kembali normal. Adalah sangat menabjubkan apabila “performance” saya semasa perlawanan ini di hargai oleh para pemain, penyokong dan pegawai persatuan.
MR : Apa yang memberikan anda motivasi untuk kekal untuk di Johor?
Boban : Apabila anda berasa gembira di suatu tempat, kita tak akan sesekali berfikir untuk berpindah ke tempat lain, lebih-lebih lagi apabila semua menghargai kelibat saya di Johor. Saya juga bukan seseorang yang akan berpindah ke pasukan lain hanya untuk $1000-2000.
MR : Siapa pemain bola sepak kesukaan anda? Luar Negara dan juga di Malaysia.
Boban : Pemain bola sepak kesukaan saya adalah Marco Van Basten, dan kini adalah MESSI.
Manakala bagi pemain Malaysia pula adalah Nasir Yussof,Khalid Shahdan,Annuar Abu Bakar,Dollah Salleh,Zainal Abidin , dan ada beberapa lagi yang saya lupa namanya. Tetapi semua orang beritahu saya bahawa pemain TERBAIK yang pernah di lahirkan di Malaysia adalah Arwah MOKHTAR DAHARI.
OK Boban, di sini ada sedikit soalan daripada rakan-rakan saya di Boys.Of.Straits. kalau tak tanya nanti diorang merajuk pula. (Aku kekalkan jawapan dari Boban dalam Bahasa Inggeris Croatia dia, saja dera korang. Hahahaha!).
En Pejal: Apakah gol-gol yg anda paling tidak boleh lupakan semasa bersama pasukan johor
EN PEJAL: all my goals, my dear Pejal, but the three in the final of the Malaysian Cup 1991 are special to me because I allow my team and the Johor state a great celebration and a great success.
Win Yasuo: boban kenal balaban tak?
WIN YASUO: I know Bosko Balaban (not personal), but he played at a higher level and is a great player. Former Croatian national player, former Aston Villa, FC Dinamo Zagreb and Rijeka FC player.
Emmie Van Halen: "Boban... care for a reunion?"
Emmie VAN HALEN: I'd love to come to Malaysia and Johor on reunion. It would be nice to see former teammates, the streets of Johor, the stadium, the people of Malaysia.
Addin Misran: Apa perubahan besar yang berlaku dlm carrier selepas quit main bola?
Addin Misran: I stayed in football as a coach, but I miss the nervousness before the game, satisfaction with achieving goals, support of fans and full stadiums.
Ha Fiidz: Tak nak jadi jurulatih johor
HA FIIDZ: Well, I'd like to be Johor coach, it would make me very proud.
Kaum Kerabat: boban oh boban..wat du you feel when u score that goal at 1991??
Kaum KERABAT: feelings of achieving these goals are visible on my body expressions. (See pictures in the newspaper after the game). It is very difficult to describe in words, you feel fulfilled.
Lishah Shah: hey boban!!!how ur u? ur the legend?y u say u r the legend in johor?
Lishah Shah: you said that I'm a legend, I feel like all the generations of 1991, a football player who had the luck to win the Cup and the Malaysian league.
Mohd Müaz Rahim: suka x dengar lagu melayu.lagu ape?haha
MOHD Muaz Rahim: I listened to a lot of Malaysian songs when I was in Johor, and now sometimes I let the tape group Illusy (maybe I misspelled the name) and my favorite song puisi cinta.
Bida Ismail: jersi Johor 1991 ada lagi simpan lagi tak??
Bida ISMAIL: Yes, I still have a jersey from 1991.
Zakie Marley: Training secret..
Zaki MARLEY: There is no secret. have the talent, work ethic, a good coach and a lot of luck.
Mohd Hafidz: How do yóu feel played in front of 30,000 spectator in Larkin and how it could help you and your teammates against the opponent?
MOHD: Hafidz: When you play in front of a lot of viewers you have some special power, happy to be part of the show, and everything seems fine and feasible.
Khairi Syahril: Sudikah anda berkongsi kemahiran dan pengalaman anda bersama pasukan Johor?
Khair SYAHRIL: As I said many times, I'd love to go back to Malaysia and Johor in any position, and be part of the development of football in Malaysia.
Khairul Naim: Saya teringin nak tengok awak jadi coach JOHOR pada suatu hari nanti.
Khairul Naim: Well, I'd like to be the coach of Johor. and what if we are not winning, then you (fans) come onto the scene and giving us support.joke, but it would really be nice.
Kamarul Arifin: sir, can i take picture with you?
Kamarul Arifin: of course, but first I have to come to Malaysia.
Ada kata-kata buat seluruh peminat bola sepak Johor?
Regards to all Johorians!
Hidup Johor, Johor saya cinta! Saya cinta Malaysia!
OK apa komen anda? Kalau abang rajin, nanti ada lah part 3 cerita Boban. Kalau tak, kita cerita pasal lagenda lain pulak. Ramai lagi lagenda yang perlu di interview ni. Moga dengan artikel ini, ianya memberikan anda semua semangat untuk kembali ke stadium dan menyokong Johor. Bak kata Boban sendiri di dalam interview ni, "When you play in front of a lot of viewers you have some special power", jadi adalah menjadi tugas kita untuk turun ke Stadium Larkin mahupun Pasir Gudang dan sama-sama menyokong Johor. Moga dengan sorakan gemilang kita mampu memberikan tenaga tambahan buat para pemain.
Buat pemain Johor (samada anda bintang ataupun tidak), contohilah semangat pemain-pemain lagenda Johor apabila beraksi di atas padang. Apabila anda beraksi di atas padang dengan memakai jersi keramat kami, beraksi lah dengan sepenuh hati. Julang tinggi nama negeri kami sebagaimana LAGENDA-LAGENDA kami membawa naik nama negeri kami ini. Anda mungkin bintang di pasukan lama anda, tetapi buktikan pada kami dahulu bahawa anda juga bintang di negeri kami. Buat anak negeri, berusahalah sehabis baik untuk mencapai kejayaan, kami akan tetap berdiri teguh di belakang anda.
“Walau dari mana ANDA datang, apabila beraksi di padang dan menyarung jersi keramat JOHOR, maka kami mahu ANDA beraksi dengan semangat jitu kerana ANDA membawa nama BANGSA JOHOR.”
Dua anak Boban yang lahir di Johor ( dari kiri : Ivo, Boban dan Tony )
Luaskan Kuasamu Johor!
~Malek Reduan~
salam... elok2 la sket bg salam. asal plak nak guna pkataan musibat..x elok no org baca.
ReplyDeleteMaafkan kami atas penggunaan bahasa yang KASAR. Terima kasih kerana sudi membaca!
ReplyDeleteSalam B.O.S
ReplyDeleteFuh~
Memang tak boleh lupa kenangan final 1991.
Menonton perlawanan di kaca TV (time tuh budak kecik lagi jadi tak mampu ke stadium huhu).
Kawan pun harap beliau akan menjadi coach Johor satu hari nanti.
#Respect for Ervin Boban :)
salam. ervin boban ade facebook atau tweeter.
ReplyDeleteSy sll tgk Ervin Boban masa kecik2 dulu... umah makcik sy berdepan dgn rumah beliau... malangnya masa tu sy xtau lgsg beliau adlh bigstarr...
ReplyDeleteboban abbas dan alister ada lah trio import yang pernah johor miliki
ReplyDeleteAyat tue memang power la.,,nk pinjam bleh,,,,walau dr mana anda dtang,,,apabila beraksi di padang dan menyarung jersi keramat johor,,,,maka kami mahu anda beraksi dengan semangat jitu,,,,kerana anda membawa nama bangsa johor,,,cntik kalu buat dsign,,,
ReplyDeleteseorang player yg sgt dedicate dgn team johor...egt zaman kecik2 ikut my uncle and dad ke stadium zaman kegemilangan johor...my uncle is a good friend with boban and darren...one of johor player (Khalid Shahdan) maybe leh bt talk ngan dia gak kot...
ReplyDeletemenarik..
ReplyDeletedua orang anak lelaki Boban tu lahir kat Johor? waaaa, #respect sama Ervin Boban :)
ReplyDeleteCome on johor!!! Taun depan kite pakai boban as a coach!!! Hehehe
ReplyDeletecmne nk join n nk dptkan t shirt bos?
ReplyDeleteadmin part 3 xde ke?? huhuu
ReplyDeleteAdmin, blog ni mcm tak update je?
ReplyDeleteTeringin tengok pemain kelahiran johor ramai dalam team johor.. bukan setakat ramai pemain luar yang bermain demi duit sahaja. Semangat kenegerian adalah tonik terbaik....
ReplyDeletekirim salam omar salim ya.. hehhehe adk angkat dia dr muar ni
ReplyDelete