Monday, 11 August 2014

SEMANGAT 1985 & 1991!


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua saudara-saudaraku!

PIALA MALAYSIA! Piala keagungan katanya. Musim ini adalah edisi ke 88 Piala Malaysia yang merupakan kejohanan tertua di Asia Tenggara. Piala yang menjadi rebutan semua pasukan yang bertanding semenjak tahun 1921 lagi. Lihatlah betapa prestijnya kejohanan ini kerana bukan semua pasukan yang bertanding dalam liga Malaysia layak menyertainya. Akan tetapi Piala Malaysia ini boleh di katakanan kejohanan kelas ketiga di mata Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kerana juara kejohanan ini tidak akan di tawarkan tiket ke mana-mana kejohanan Asia. Alangkah ruginya dek kerana format pertandingan ala karnival, juara Piala Malaysia hanya gah di dalam negara sahaja.

Tetapi tanyalah kepada bekas-bekas pemain bola sepak di Malaysia. Pastinya kejohanan Piala Malaysia ini menyimpan seribu kenangan dan nostalgia kepada mereka lebih daripada kejohanan liga mahupun Piala FA itu sendiri. Bagi pasukan bola sepak negeri Johor, pastinya kejayaan 1985 dan 1991 tetap bersemadi di dalam ingatan semua peminat.

Pasukan Johor buat pertama kali berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun 1985 setelah berjaya menumpaskan pasukan Wilayah Persekutuan 2-0 hasil jaringan Muhidin Hussin dan Fadli Ahmad di hadapan hampir 40,000 orang penyokong di Stadium Merdeka pada 13 Julai 1985. Antara kesebelasan utama pasukan Johor pada ketika itu adalah Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Merican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzi Ahmad, Muhidin Hussin, dan Azmi Taib. Manakala Kamarudin Ahmad masuk menggantikan Azmi Taib pada separuh masa kedua.

“1985 adalah kejuaraan Piala Malaysia pertama buat pasukan Johor setelah kempunan hampir 64 tahun. Sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata, perasaan ketika berjaya menjulang Piala Malaysia buat negeri Johor.” Khalid Shahdan, pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 1985.

Manakala kejuaraan pada 1991 pasti lebih di ingati kerana kejayaan menumpaskan pasukan Selangor di Stadium Merdeka dengan jaringan 3-0 hasil hatrik oleh Ervin Boban. Antara barisan kesebelasan utama yang beraksi pada malam itu adalah Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan, Roslan Hamid, Sani Othman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Salehan Mohd Som, Allistair Edwards dan Ervin Boban. Manakala Fadli Ahmad dan Anuar Abu Bakar masuk pada menggantikan Khalid dan Salehan. Abbas Saad pula tidak dapat beraksi di dalam perlawanan akhir akibat di gantung perlawanan. Pastinya aksi di atas padang yang becak dan di penuhi air akan di kenang sampai bila-bila.

“The atmosphere was fantastic and fanatical as Johor was on its feet to win the Malaysia Cup. I would say that was unforgettable night. I’m so proud that I was part of that remarkable evening. After all we were all Johoreans! Hidup Johor!” Ervin Boban, penjaring hatrik piala Malaysia 1991.

Lupakan sebentar kisah silam, lupakan seketika kejayaan Liga Super, lupakan dahulu misi Asia 2015. kita pandang ke hadapan dahulu. Pandang yang ada di depan mata kita. Misi membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air. Kami rakyat Johor begitu dahagakan kejayaan Piala Malaysia. Moga semangat wira-wira 1985 dan 1991 tersemat di jiwa wira-wira kita. Tidak mustahil suatu hari nanti barisan pemain JDT mahupun JDTii akan di kenang sebagai lagenda yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2014 ke tanah selatan. Ianya tidak mustahil.  



“Be a legend. Go and win it for Johorean!”

#Malek Reduan
p/s: terima kasih buat pemilik asal gambar. 


6 comments:

  1. http://johor91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hey guys ..
    I'm Manu, 19 years old and from Augsburg/Germany. I'm member of a Ultra-Crew named "Legio Augusta" (original1907.de) which supports our local club FC Augsburg.
    At the moment I'm travelling through Malaysia and besides Graffiti, I'm definitely interested in watching a few football matches on my "tour". One of them is definitely going to be your Team against Penang FC in a couple days. At the moment I'm also working on a Magazine which documents my travels and features a lot of Groundhopping/ Match - Reports and Graffiti Pictures. As your group being the most relevant, aktiv group in Malaysia in my opinion, it would be a great honour for me to get an interview with you guys for that magazine. So maybe we can meet up at the Game against Penang or maybe even before. I'm going to be in Johor Bahru in 5-6 days. Hopefully you guys can give me an insight about what passion, fan-cluture and good support in Malaysia is about. Just message me back via e-mail : manu.rauner@web.de
    Keep it up !

    ReplyDelete