Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua saudaraku,
Tiada apa yang ingin di ceritakan hari ini. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman dan kata-kata dari pemain-pemain kita yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 1985 & 1991.
"When you play in front a lot of viewers you have some special power, happy to be part of the show, and everything seems fine and feasible." Ervin Boban, penjaring hatrik perlawanan akhir Piala Malaysia 1991.
“Penyokong adalah pencetus inspirasi dan pembakar semangat buat kami. Meremang bulu roma mendengar sorakan dan kami harus bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Peminat yang datang harus kita hargai." Khalid Shahdan, pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 1985.
Kredit kepada pemilik asal gambar. TQ
#MR
Tuesday, 19 August 2014
Monday, 11 August 2014
SEMANGAT 1985 & 1991!
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua
saudara-saudaraku!
PIALA MALAYSIA! Piala keagungan katanya. Musim ini
adalah edisi ke 88 Piala Malaysia yang merupakan kejohanan tertua di Asia
Tenggara. Piala yang menjadi rebutan semua pasukan yang bertanding semenjak tahun
1921 lagi. Lihatlah betapa prestijnya kejohanan ini kerana bukan semua pasukan
yang bertanding dalam liga Malaysia layak menyertainya. Akan tetapi Piala
Malaysia ini boleh di katakanan kejohanan kelas ketiga di mata Konfederasi
Bolasepak Asia (AFC) kerana juara kejohanan ini tidak akan di tawarkan tiket ke
mana-mana kejohanan Asia. Alangkah ruginya dek kerana format pertandingan ala karnival,
juara Piala Malaysia hanya gah di dalam negara sahaja.
Tetapi tanyalah kepada bekas-bekas pemain bola
sepak di Malaysia. Pastinya kejohanan Piala Malaysia ini menyimpan seribu
kenangan dan nostalgia kepada mereka lebih daripada kejohanan liga mahupun
Piala FA itu sendiri. Bagi pasukan bola sepak negeri Johor, pastinya kejayaan
1985 dan 1991 tetap bersemadi di dalam ingatan semua peminat.
Pasukan Johor buat pertama kali berjaya menjulang
Piala Malaysia pada tahun 1985 setelah berjaya menumpaskan pasukan Wilayah
Persekutuan 2-0 hasil jaringan Muhidin Hussin dan Fadli Ahmad di hadapan hampir
40,000 orang penyokong di Stadium Merdeka pada 13 Julai 1985. Antara
kesebelasan utama pasukan Johor pada ketika itu adalah Salleh Mohd Noor, Ismail
Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Merican, Khalid Shahdan, Dollah
Salleh, Nasir Yusof, Fadzi Ahmad, Muhidin Hussin, dan Azmi Taib. Manakala Kamarudin
Ahmad masuk menggantikan Azmi Taib pada separuh masa kedua.
“1985 adalah kejuaraan Piala Malaysia pertama buat
pasukan Johor setelah kempunan hampir 64 tahun. Sukar untuk di gambarkan dengan
kata-kata, perasaan ketika berjaya menjulang Piala Malaysia buat negeri Johor.”
Khalid Shahdan, pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 1985.
Manakala kejuaraan pada 1991 pasti lebih di ingati
kerana kejayaan menumpaskan pasukan Selangor di Stadium Merdeka dengan jaringan
3-0 hasil hatrik oleh Ervin Boban. Antara barisan kesebelasan utama yang
beraksi pada malam itu adalah Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan,
Roslan Hamid, Sani Othman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan, Nasir Yusof,
Salehan Mohd Som, Allistair Edwards dan Ervin Boban. Manakala Fadli Ahmad dan
Anuar Abu Bakar masuk pada menggantikan Khalid dan Salehan. Abbas Saad pula
tidak dapat beraksi di dalam perlawanan akhir akibat di gantung perlawanan. Pastinya
aksi di atas padang yang becak dan di penuhi air akan di kenang sampai
bila-bila.
“The atmosphere was fantastic and fanatical as
Johor was on its feet to win the Malaysia Cup. I would say that was unforgettable
night. I’m so proud that I was part of that remarkable evening. After all we
were all Johoreans! Hidup Johor!” Ervin Boban, penjaring hatrik piala Malaysia
1991.
Lupakan sebentar kisah silam, lupakan seketika kejayaan
Liga Super, lupakan dahulu misi Asia 2015. kita pandang ke hadapan dahulu. Pandang
yang ada di depan mata kita. Misi membawa pulang Piala Malaysia ke selatan
tanah air. Kami rakyat Johor begitu dahagakan kejayaan Piala Malaysia. Moga semangat
wira-wira 1985 dan 1991 tersemat di jiwa wira-wira kita. Tidak mustahil suatu
hari nanti barisan pemain JDT mahupun JDTii akan di kenang sebagai lagenda yang
berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2014 ke tanah selatan. Ianya tidak
mustahil.
“Be a legend. Go and win it for Johorean!”
#Malek Reduan
p/s: terima kasih buat pemilik asal gambar.
p/s: terima kasih buat pemilik asal gambar.
Labels:
Ervin Boban,
JDT,
Johor,
Khalid Shahdan,
Malaysia Cup,
Southern Tigers
Subscribe to:
Posts (Atom)